aimiathirah

Wednesday 28 May 2014

0
Orang Suke Pink

DESIGN COVER PHOTO SERVICES!

Tak guna jugak kan kalau kita berbisnes tapi orang lain tak tahu apa yg kita bisnes kan??? Kami ada menyediakan servis tempahan design yang berkualiti untuk fanpage!!! DESIGN COVER PHOTO kini berharga RM50 termasuk PROFILE PICTURE..... ++++TAMBAHAN LAGI TIADA CAS DIKENAKAN UNTUK PENUKARAN DESIGN++++ Apa lagi? Jom tempah!!!

Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Tuesday 25 March 2014

0
Orang Suke Pink

bagai ada matahari yang menyinari hidupku semula!

baru haritu aku post tentang hatiku yg punah..harini timbul story baru.. alhamdulillah jodoh aku dan izfan masih kuat.. semalam dia kata pd aku, " sy dah penat le awk..penat menafikan apa yang sy rasa terhadap awak. Sy still syg n cinta awak..tp,ntahlah.. mcm2 hal yang bermain di fikiran ni." Then,aku kata, "Sy takkan give up abie..i'm still waiting for you" Lepas tu, dia diam kejap.. Kemudian, dia kata " Sy nak awak jadi couple sy lagi,bole?" zup zup! terus aku terima..penat aku pujuk dia beb,tp alhamdulillah ini lah hasilnya.. Jadi, dalam sejarah percintaan aku,ada 3 kali clash, n 3 kali couple..dengan lelaki yang sama.. :') #alhamdulillah ada jodoh tak kemana..
Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Monday 24 March 2014

0
Orang Suke Pink

ceritera cinta ku... :')

Sape kata aku kuat?Sape kata aku tabah? Sedangkan aku menangis di dalam hati..aku hanya mampu menahan sebak di dada tatkala dia memutuskan agar aku dan si dia berkawan sahaja.. ye,,permulaan percintaan aku adalah bersama dia dalam sejarah hidup aku. Noor Izfan Shaqierin bin Noor Hisham..Lahir pada 15 April 1989. Seorang guru addmath.. heh..mumule,aku fikir takkan ada lelaki yg sanggup terima aku seadanya.. aku nie chubby..tp alhamdulillah aku sempurna sifat yg Allah berikan pd aku.. Tahun 2013, sebelum aku menjejak kaki sebagai budak pra universiti atau Tingkatan 6 di SMK Tinggi Perempuan. First tme aku kenal dia,dia couple dengan p'puan lain..aku just minat camtu2 je. Evn pd masa tu aku tak tahu profile picture fb dia tu adalah fake.. Tp aku tak berapa tertarik dgn rupa dia,,aku tak kesah dia ensem atau tak..sbb aku tertarik dengan sikap dia.. Nak dapatkan hati dia bukan main susah..sampai bnyk kali kena berkorban..huhu :'( Lama2 aku rasa aku dah jatuh hati dgn dia..lagi dia jual mahal, lagi la aku suka..hoho.. Dia ni kelakar, romantik sometimes, tegas, naughty... Tp,yg buat aku selesa dgnnye ialah dia mampu bersabar dgn mood aku yg selalu tak menentu..kejap mare, kejap sedih..dan aku ni terlalu cemburu orgnye...dia adalah lelaki yg pertama yg secara 'official' menjadi kekasih or cinta hati aku.. Sepanjang dgn dia, aku kenal perangai dia sikit2..dan,sepanjang bersama dia lah,aku berduka..2 kali hubungan kami putus..tp kami dapat sambung balik.. tp kali ni,,dia hanya mahu kami berkawan sahaja.. sebnrnye,ada ksah disebalik hubungan kami yg ranap ni..aku tak tau...even hati aku rasa sakiit sgt bila dpt tahu dia ada affair dgn p'puan lain,hati aku masih bole menerima dia..Ya Tuhan,,,inikah tandanye aku memang seorang yang setia?? Aku menangs,kdg2 sampai aku tertido..dia kata dia nk tinggalkan aku sebab dia rasa diri dia tak layak miliki hati aku..2 kali peluang yg aku da bg pdnye,,tp 2 kali itulah dia da ranapkan peluang2 tu semua...yg pelknye,,mcm mana hati aku bole bersabar dgn tu sume? dan masih bole trime dia?? ermm..actually,,kami da rancang nak berkahwin..ye,,now aku 19 thn dan dia 25 thn..tak kesah la kalau kena kahwin dgn dia time umur dia 30 thn sekalipun.. ;') tp,mybe kami belum berjodoh..who knows? aku cintakan dia dgn niat nawaitu saumaghadin utk berkahwin dgn dia.. abie,syg rindu abie sgt.. Terima kasih kerana menerima syg seadanya dlm hidup abie.. InsyaALLAH, ada jodoh kita akan bersama semula.. sy syg awk...mmuahh!
Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Tuesday 12 March 2013

0
Orang Suke Pink

1TS 4LL 4BOUT D4ZRIN K4M4RUDD1N ♥♥

Biodata Profil Dazrin Kamarudin


B1oD4Ta D4zr1n K4m4rUdd1N

 Nama : Dazrin KamarudinNama Komersial : DazrinTarikh Lahir : 10 Mei 1988Tinggi : 5'11Berat : 70 kgTinggi:  180 sentimeter Kerjaya : Pelakon, Pengacara, Model Iklan & Model CatwalkAsal: Klebang, MelakaBangsa: Melayu Pendidikan:  Ijazah Sarjana Muda Filem Video & Media serta Ijazah Sarjana Muda Global & Pengajian Antarabangsa dari Western Michigan UniversityDrama: Cuba Jadi Lelaki, Jodoh, Adam dan Hawa, Bicara Hati, Memberku Hawa, Telefilem: Mencintaimu, Setahun Setengah Mencari Cinta, Geisha Melayu TerakhirFilem: Seru, Apokalips X, Rentaz, Lebuh Raya Ke NerakaProgram: Fear Factor Selebriti, Intrend Twitter Dazrin Kamarudin: https://twitter.com/dazrin88Facebook Dazrin Kamarudin: https://www.facebook.com/dazrin88Kelab Peminat Dazrin Kamarudin: Flying D’sTrivia:Dazrin Kamarudin anak kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah, Datuk Kamarudin Md ShahBerkebolehan dalam taekwando, karate dan silatSumber : http://www.liriklagumuzika.com/2013/02/biodata-profil-dazrin-kamarudin.html#ixzz2NRXStq7t


:: aimi tak tau lah camne bleh minat kat dia..sbb masa first2 dia berlakon citer ADAM & HAWA tu aimi x suka langsung dia...hmm,,tapi tgklah skang..ke main lg aimi sibok2 nk tau pasal dia...jujur ye..dazrin nie comel n nmk sgt cool.... :)

Dah Bace Tu Try Komen Pulak

0
Orang Suke Pink

CIPTAAN WANITA>> pertanyaan JIBRIL kepada ALLAH



Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Monday 28 May 2012

0
Orang Suke Pink

aimiathirah: ''AKU SUDIRMAN" ♥♥

aimiathirah: ''AKU SUDIRMAN" ♥♥: Dato' Sudirman bin Haji Arshad Gambar oleh: Perpustakaan Negara Malaysia [2] Lahir: 25 Mei   1954 Temerloh ,    Pahang ,   Malaysia Me...
Dah Bace Tu Try Komen Pulak

0
Orang Suke Pink

''AKU SUDIRMAN" ♥♥

Dato' Sudirman bin Haji Arshad
Sudirman2.jpg
Gambar oleh: Perpustakaan Negara Malaysia[2]
Lahir:25 Mei 1954
TemerlohBendera Pahang Pahang,
Bendera Malaysia Malaysia
Meninggal dunia:22 Februari 1992 (umur 37)
Lucky GardenBangsar,
Kuala LumpurMalaysia
Pekerjaan:Penyanyipeguampelakon,penulisahli perniagaan
Pasangan:Kamariah 'Kay' Jamaluddin (1981-1984)

Sudirman Haji Arshad dilahirkan pada hari Rabu, 25 Mei 1954 di no. 48, Jalan Ibrahim, Temerloh,Pahang. Anak kepada Puan Hajjah Romlah binti Dahalan dan Haji Arshad bin Haji Hassan.  Ibunya, seorang wanita yang aktif di arena politik sebagai Ketua Wanita UMNO Pahang Selatan dan Wakil Rakyat Pertama 1955 mewakili Kawasan Temerloh, telah meninggal dunia pada tahun 1959 di usia muda 32 tahun (ketika Sudirman berumur 5 tahun) setelah mengidap penyakit kanser. Bapanya adalah pengurus Syarikat Bas Temerloh (Temerloh Bus Company), juga seorang ahli politik UMNO di TemerlohPahang. Bapanya telah berkahwin dengan Puan Mariam binti Mohammad setelah kematian isterinya, sebelum meninggal dunia pada 1978.
Sudirman Haji Arshad mula mencipta namanya sebagai penyanyi apabila dia berjaya merebut gelaran Johan Bintang RTM peringkat akhir yang diadakan di Melaka pada11 Ogos 1976. Beliau mendendangkan lagu Seruling Bambu dan Big Spender. Di peringkat awal saringan, beliau memberi jawapan spontan "seluar pinjam..." apabila disoal oleh pengacara rancangan mengenai seluar besar yang dipakainya. Para penonton suka caranya yang berterus terang. Beliau mendendangkan lagu Jali Jali, sebuah lagu klasik dari Indonesia. Jelas sekali suaranya memang unik. 

KERJAYA SEBAGAI ARTIS...

Tahun 1986, Tourism Malaysia melantiknya sebagai Duta Nyanyian Pelancongan Malaysia. SemasaPersidangan Pelancongan Asia Pasifik (PATA) yang ke-35 di Kuala Lumpur, Sudirman mempopularkan lagu Cintai Malaysia, Kenali Malaysia (To Know Malaysia is to Love Malaysia) ciptaanCarol Connors dari Amerika Syarikat. Lagu ini juga menjadi lagu tema semasa kempen Tahun Melawat Malaysia.
                                                       LAGU KENALI MALAYSIA
Sudirman dilantik sebagai duta bagi pelbagai syarikat terkenal seperti ProtonMalaysia Airlines,Honda Cup dan "honored pioneer card member" dengan Hong Leong.

Penghibur Terbaik Asia

Pada 19 Mac 1989, Sudirman telah dinobatkan sebagaiPenghibur Terbaik Asia di "Asian Popular Music Awards". Acara anugerah ini diadakan bersama-sama dengan Salem Music Awards Festival yang berlangsung di Dewan Royal AlbertLondon. Beliau merupakan penyanyi pertama Malaysia yang memenangi anugerah tersebut. Sudirman telah mengalahkan 8 orang peserta dari negara-negara Asia termasuk Hong Kong (Leslie Cheung), Filipina (Kuh Ledesma), Singapura (Anita Sarawak), China, Taiwan, Jepun, Korea Selatan dan Thailand. Dalam pertandingan tersebut beliau telah menyanyikan dua buah lagu InggerisOne Thousand Million Smiles dan Send In The Clowndengan menggayakan aksi lucu ala Charlie Chaplin yang cukup mempesonakan yang membolehkan beliau mengalahkan wakil-wakil negara lain yang lebih hebat popularitinya.
Lagu One Thousand Smiles dirakamkan dalam bentuk single dan dipasarkan di Eropah. Proses rakaman lagu itu dibuat di Abbey Road Studio, tempat rakaman album bagi penyanyi megastars seperti The Beatles. Lagu ini dipilih sebagai lagu tema Malaysia semasa Hari Bangsa-Bangsa Bersatu.

                                              ONE THOUSAND MILLION SMILES

Perkahwinan


Gambar perkahwinan
Selepas menamatkan pengajian di Universiti Malaya, pada14 Februari 1981, Sudirman menamatkan zaman bujangnya apabila berkahwin bersama kekasih pilihan hati yang telah dikenali sejak kecil Kamariah “Kay” Jamaluddin, seorang gadis yang bekerja di Petronas. Para peminat menyambut berita itu dengan gembira. Bagaimanapun, perkahwinan itu cuma bertahan selama tiga tahun sahaja. Ia berakhir dengan penceraian pada 25 Mei 1984 kerana tidak wujud lagi persefahaman antara mereka. Pasangan itu tidak mempunyai anak.




Kematian

Pada 17hb. Julai 1991, Sudirman dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Tawakkal Kuala Lumpur selama 4 hari. Dilaporkan beliau telah pengsan setelah terjatuh. Selama 7 bulan beliau terlantar sakit, keluarga rapatnya merahsiakan punca penyakit dan lokasi di mana Sudirman dirawat. Dalam tempoh itu, dia tidak ke mana-mana kecuali ke rumah kakaknya diButterworth selama seminggu.
"Dia mahu peminat-peminatnya melihat dia sihat, ceria, penghibur yang hebat, sebagai hero di pentas. Sememangnya dia tidak mahu meninggalkan kenangan yang teramat sedih di hati peminat setelah melihat dia terlantar sakit dan meninggal dunia," begitu penjelasan kakak Sudirman, Rudiah apabila ditanya apakah Sudirman sendiri yang tidak mahu orang lain melihat dia sakit selain adik-beradiknya.

Pada 22 Februari 1992 (bersamaan 18 Syaaban 1412), hari Sabtu jam 4:00 pagi, ketika berusia 37 tahun, Sudirman Hj Arshad telah kembali ke Rahmatullah di rumah kakaknya Rudiah bt. Hj. Arshad di alamat No.16, Jalan Taban Satu, Lucky Garden, Bangsar Park, Kuala Lumpur setelah 7 bulan menghidap penyakit radang paru-paru (pneumonia). Jenazah Allahyarham telah dibawa pulang keTemerloh dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Chengal, Temerloh pada hari yang sama, jam 3:45 petang - di sebelah pusara orang tuanya. Ribuan peminat-peminat setia termasuk Perdana Menteri Malaysia ketika itu Dr. Mahathir Mohamad telah menziarahi jenazah Allahyarham yang dianggap sebagai satu kehilangan besar bagi dunia hiburan tanah air.

LAGU-LAGU POPULAR ALLAHYARHAM...















                                               













































FILEM YANG DILAKONKAN OLEH ALLAHYARHAM..

>  KAMI
CAMNER? OKEY TAK AIMI BUAT? BILA AIMI POST TENTANG ALLAHYARHAM HAJI SUDIRMAN NIE, SECARA TIDAK LANGSUNG AIMI DAPAT MENAMBAH PENGETAHUAN AIMI TENTANG DIRI ALLAHYARHAM..
RUPA2 NYER ALLAHYARHAM MEMANG SEORANG YANG SANGAT HEBAT DAN MEMANG LAYAK DI GELAR PENGHIBUR NO.1 DI ASIA..
IMPIAN AIMI IALAH INGN MELIHAT ALLAHYARHAM SENDIRI MENYANYI DIHADAPAN AIMI....TETAPI MALANGNYE,BELIAU TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH...BIARLAH IMIPIAN AIMI TERKUBUR SELAMA2NYER...AIMI PASTI AWAK SEMUA PUN TERINGIN JUGAK KAN? 
   " AL-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM"


Dah Bace Tu Try Komen Pulak